MASA DEPAN ITU SEKARANG

27/06/2009

Majlis Temu Murni Ibu Bapa - Guru Kali Pertama Tahun 2009

Tarikh: 23 Jun 2009
Masa : 8 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan ICT, SMK Putra, Jerteh.
Perasmian oleh: En Ramli bin Mat Amin, Pengetua SMK Putra


OBJEKTIF PROGRAM

1. Menilai kekuatan dan kelemahan pelajar dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
2. Membaiki kelemahan sedia ada untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
3. Menyedarkan ibu bapa tentang peranan mereka dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.
4. Mewujudkan hubungan yang harmonis antara pihak sekolah/ guru-guru dan ibu bapa.

17/05/2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2009

Tema: Guru Pembina Negara Bangsa
Tarikh: 17 Mei 2009
Masa : 8 pagi - 1.30 tengah hari.

Atur cara:
8.00 - 9.00 pagi
-Nyanyian Lagu Kebangsaan
-Nyanyian Lagu Negeri, Selamat Sultan,
-Nyanyian Lagu Sekolah , Masa Depan Itu Sekarang

9.00 - 10.30 pagi:
- Bacaan Doa
- Bacaan Perutusan (Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
- Ucapan Pengetua
- Nyanyian Lagu "Guru Malaysia"
- Nyanyian Lagu Tema Hari Guru "Guru Pembina Negara Bangsa"
- Bacaan Ikrar Guru
- Persembahan Pelajar dan Guru

10.30 - 12.30 pagi:
- Acara Sukaneka

12.30 - 1.30 petang:
- Majlis Penyampaian Hadiah

2.00 petang : MAJLIS SELESAI.




11/03/2009

STPM 2008 SMK Putra terus melangkah ke hadapan....

10 Mac 2009: Keputusan STPM 2008 diumumkan hari ini dengan keputusan yang memberangsangkan. SMK Putra antara sekolah terunggul di negeri ini setelah meneruskan kegemilangan pencapaian 100% lulus dan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPC) daripada 2.52 (STPM tahun 2007) kepada 2.84 menunjukkan peningkatan GPC sebanyak 3.2. Kejayaan ini juga mencipta sejarah apabila 2 orang pelajar SMK Putra telah berjaya mendapat keputusan 4A (3A 1A- dengan NGMP 3.92) menjadikan keputusan STPM tahun ini merupakan keputusan terbaik semenjak penubuhan tingkatan 6 di SMK Putra.

10 pelajar terbaik:
1. WAN NOR BAINI BINTI WAN ENDUT (3.92)
2. SURIANI BINTI MOHAMAD (3.92)
3. NUR FAZRYNA BINTI ZAKARIA (3.59)
4. MOHD GHAFAR BIN OTHMAN (3.59)
5. ASYILA BINTI IBRAHIM (3.42)
6. SITI RUHANI BINTI MAT DAUD (3.42)
7. SITI ROKIAH BINTI MOHD (3.34)
8. MOHD SHAHRUL HASFIS BIN MOHD ZAINUDIN (3.33)
9. WAN FAMIZA EMILIA BINTI CHE MAT (3.33)
10. WAN MOHD NAQIUDIN BIN BIN MAT LATIF (3.25)

2 subjek mencatatkan peratus lulus 100% iaitu subjek Bahasa Melayu dan Seni Visual. Subjek terbaik ialah Bahasa Melayu dengan pencapaian A seramai 17 orang. Kertas terbaik yang mencatatkan bilangan A tertinggi ialah kertas Bahasa Melayu 1, iaitu seramai 35 orang calon (87.50) daripada 40 orang calon STPM tahun lepas berjaya mendapat A. Kertas kedua terbaik ialah kertas Seni Visual 1 (Teori) apabila 82.50% pelajar berjaya mendapat A.

Tahniah buat semua guru pasukan STPM dan calon-calon STPM 2008 kerana kejayaan cemerlang ini. Kepada pelajar-pelajar 6 atas 2009, jadikan kejayaan ini sebagai satu dorongan untuk anda semua berusaha dengan lebih kuat dan gigih.

01/03/2009

Kejohanan Olahraga SMK Putra Kali ke-4 meriah dan penuh warna-warni.


17 dan 18 Februari 2009, Kejohanan Olahraga SMK Putra kali ke-4 berlangsung dengan jayanya, meriah dan penuh warna-warni. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini ini menyaksikan Rumah Merah telah menjadi Juara Keseluruhan. Perasmian penutup kejohanan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Nawi bin Mohamad, ADUN Hulu Besut. Yang menariknya, kejohanan olahraga ini turut dimeriahkan oleh ibu bapa dan penduduk setempat yang menyertai beberapa acara yang disediakan untuk mereka, seperti acara tarik tali dan lumba lari 400m. Pertandingan Khemah terbaik dimenangi oleh rumah Hijau, manakala perbarisan dimenangi oleh kontijen dari rumah Kuning.

03/02/2009

Januari 2009 berlalu, Februari mendatang....

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya bulan Februari sudahpun menjelma. Baru sahaja rasanya Januari 2009 datang dan sekarang sudahpun berlalu pergi. Terlalu cepat masa berlalu dan sampai hari ini, apakah perkara baik yang telah kita berjaya laksanakan tahun ini? Adakah azam baru kita untuk membuat perkara yang baik-baik sahaja telahpun berjaya kita lunaskan. Seperti biasa, kehidupan di SMK Putra berjalan seperti biasa. Beberapa agenda dan aktiviti telah berjaya dilaksanakan, antaranya Larian Merentas Desa dan kegiatan kokurikulum berjalan dengan lancar. Latihan sukan akan bermula esok.

2 minggu lepas pelajar-pelajar prauniversiti melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Gaza dengan menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM1000.00 daripada warga SMK Putra. Kutipan pertama berjaya mengutip RM 250.00 daripada pelajar dan RM 250. 70 daripada guru. Kutipan kedua kali ini, jumlah bertambah RM138.40 daripada pelajar dan guru-guru sebanyak RM294.80 lagi menjadikan jumlah kutipan bertambah sebanyak RM933. 90. Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan warga sekolah sekalian dan semoga jumlah yang kita sasarkan akan tercapai menjelang minggu depan. Malang sungguh bagi orang Islam yang masih mampu diam membatu diri menyaksikan penderitaan Gaza. Sekurang-kurangnya dengan menghulurkan derma seringgit dua kita telah berbuat sesuatu membantu sesama Islam. Untuk turut sama berperang, kita tidak mampu. Yang mampu kita buat di samping memberi sedikit sumbangan, memboikot mana yang patut terutama barangan Amerika, marilah kita sama-sama berdoa agar rakyat Palestin terus diberi kekuatan untuk berjuang dan mempertahankan tanah air mereka dan Israel segera dihukum dan dibinasakan.

Di bawah saya perturunkan surat dari Gaza untuk bacaan dan renungan bersama.

Januari 2009:

Kepada saudara dan saudari seimanku, di sini aku ingin mengambil sedikit waktu untu mengirimkan pesan kepada kalian dari kami di Gaza. Tolong dengarkan dan perhatikan sitasi kami dan beritakan kepada siapa saja yang anda kenal dan tidak anda kenali. Keadaan kami sangat mengerikan tetapi insya-Allah keimanan kami masih kuat , Alhamdulillah.

Walaupun kami tidak mempunyai air untuk diminum, jikapun ada, ia sudah tercemar dan kami tidak mempunyai wang untuk membeli air lagi. Jika kami mempunyai wang dan ada orang yang menjualnya, namun keadaan begitu bahaya untuk kami keluar mendapatkannya. Kami tidak mempunyai bahan bakar sejak empat bulan kebelakangan ini. Kami memasak menggunakan api dari kayu bakar yang telah kami persiapkan sebelumnya.

Saudara-saudara kami kehilangan pekerjaan mereka. Mereka hanya menghabiskan sisa waktu mereka di rumah saja. Suamiku telah menghabiskan banyak waktunya hanya untuk keluar dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari air. Dan sering dia pulang hanya dengan tangan kosong.

Di sini tiada sekolah, tiada bank, dan hampir tidak ada rumah sakit yang dibuka. Dan kami harus terus berhati-hati dengan segala risiko kematian apabila kami pergi atau berada di luar rumah. Mereka (tentera Israel) hanya memberi kami waktu dari jam 1-4 petang. Kami dapat keluar, kata mereka , dalam keadaan selamat untuk mendapat bekalan persediaan kami, tetapi mereka BOHONG! Mereka hanya mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menambah daftar para Syuhada ke dalam senarai mereka.

Kami hanya makan sekali sehari nasi dan keesokannya roti. Daging dan susu merupakan makanan yang sangat mewah saat ini. Mereka menggunakan senjata kimia di setiap kawasan di perbatasan sehingga bekalan makanan tercemar oleh racun. Setelah semua ini… kami ingin menyatakan bahawa manusia seluruh dunia telah berdemonstrasi.. Masya-Allah… Pada kenyataannya kalian pergi ke setiap kedutaan besar dan meninggalkan rumah kalian, ini membuatkan kami merasa bahwa kami tidak sendiri dalam perjuangan ini. Tetapi pada malam hari kalian pulang ke rumah dan mengunci pintu rumah kalian. Kami tidak dapat melakukan itu! Aku telah meninggalkan rumahku dan tinggal bersama saudariku pada malam hari di rumahnya yang terletak di tingkat bawah. Jika terjadi serangan, kami harus cepat-sepat meninggalkan rumah tersebut. Betul, kami sangat penat! Apabila kami mendengar roket dan bom dan melihat pesawat terbang begitu dekat dengan rumah kami, aku dan anak-anakku yang masih kecil menjerit dan suami ku merasa tidak berdaya.

Dalam semua ini tiada yang dapat membantu tetapi Allah akan tetap menyelamatkan kami. Ummah ini bertanya, di manakah para tentera? di manakah pertolongan? Tolong jangan lupakan kami kerana hanya kalianlah yang kami punya sekarang. Bantuan-bantuan dari kalian tidak sampai kepada kami, dan apabila mereka membuka perbatasan, yang sampai hanya sedikit sekali. Teruslah bekerja untuk ALLAH dan berdoa agar pertolongan Allah akan turun tidak lama lagi..Insya-Allah…
Wassalam. Saudari kalian, Umm Taqi


Catatan: kutipan terakhir diperoleh daripada Cikgu Zakaria Mat dengan harapan agar sumbangan ini disalurkan melalui tabung yang sah dan diyakini akan sampai kepada yang berhak.