03/05/2023

MAKLUMAT SEKOLAH

 

NAMA SEKOLAH (ASAL USUL)

SMK Putra adalah sebuah sekolah harian biasa yang diasaskan pada tahun 1997. Sekolah ini telah dibuka pada Januari 1997 dengan pengetua pertamanya, Tuan Hj Ismail bin Hj Shafie. Nama asalnya ialah SMK Lubuk Kawah (SMKLK) telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, al-Marhum Y.T.M Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Penggunaan nama PUTRA ialah simbolik kepada ciri-ciri kebangsawanan, ketinggian martabat, kehebatan diri dan keilmuan yang ada pada negarawan ulung yang kita kasihi dan keistimewaan inilah yang ingin diterapkan ke jiwa dan minda anak-anak PUTRA. 

Oleh itu, semua warga Putra telah bermuafakat supaya SMK Lubuk Kawah perlu ditukarkan namanya kepada baru bersesuaian dengan beberapa alasan iaitu 

a. Sekolah ini tidak terletak di kawasan mukim / Kampung Lubuk Kawah
b. Mendapat sokongan daripada barisan pemimpin masyarakat tempatan
c. Para guru yang berkhidmat di sekolah ini sependapat bahawa nama SMKLK kurang sesuai dengan situasi semasa
d. Sekolah ini sering tertukar alamat dengan SK Lubuk Kawah

Oleh sebab itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Kawah dengan rasminya telah ditukarkan kepada nama barunya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA pada 1 Januari 1999








No comments: