22/05/2023

PROGRAM TEMU MURNI SPM

 PROGRAM TEMU MURNI SPM 2023 PADA 18/05/2023



14/05/2023

PELANCARAN IKLIM PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PAK21

 

Pelancaran Iklim Pembudayaan KBAT Dalam PAK21 Sempena Kajian Utama TIMSS 2023 Peringkat Antarabangsa pada 14 Mei 2023. 



JAMUAN HARI RAYA PPKI 2023

 SELAMAT HARI RAYA ...



TAHNIAH KUZIE..

 Tengku Muhammad Adam Fakruzi telah memenangi pingat gangsa di Sukan Sea ke-32 baru-baru ini..

TAHNIAH !!!



Talasemia

 1. PROGRAM KESIHATAN

PEMERIKSAAN TALASEMIA

8.15 pagi : Pelajar Tingkatan 4 berkumpul di dewan

8.30 pagi : Ceramah Talasemia

9.00 pagi : ambik darah / tayangan berkaitan hiv/aids

**Pameran HIV/Talasemia sehingga 10.30 pagi

      Pameran HIV /Talasemia di Dewan ICT SMk Putra



03/05/2023

MAKLUMAT SEKOLAH

 

NAMA SEKOLAH (ASAL USUL)

SMK Putra adalah sebuah sekolah harian biasa yang diasaskan pada tahun 1997. Sekolah ini telah dibuka pada Januari 1997 dengan pengetua pertamanya, Tuan Hj Ismail bin Hj Shafie. Nama asalnya ialah SMK Lubuk Kawah (SMKLK) telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, al-Marhum Y.T.M Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Penggunaan nama PUTRA ialah simbolik kepada ciri-ciri kebangsawanan, ketinggian martabat, kehebatan diri dan keilmuan yang ada pada negarawan ulung yang kita kasihi dan keistimewaan inilah yang ingin diterapkan ke jiwa dan minda anak-anak PUTRA. 

Oleh itu, semua warga Putra telah bermuafakat supaya SMK Lubuk Kawah perlu ditukarkan namanya kepada baru bersesuaian dengan beberapa alasan iaitu 

a. Sekolah ini tidak terletak di kawasan mukim / Kampung Lubuk Kawah
b. Mendapat sokongan daripada barisan pemimpin masyarakat tempatan
c. Para guru yang berkhidmat di sekolah ini sependapat bahawa nama SMKLK kurang sesuai dengan situasi semasa
d. Sekolah ini sering tertukar alamat dengan SK Lubuk Kawah

Oleh sebab itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Kawah dengan rasminya telah ditukarkan kepada nama barunya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA pada 1 Januari 1999