04/01/2007

SMK Putra merupakan sebuah sekolah harian biasa yang diasaskan pada tahun 1997. Sekolah ini telah dibuka pada Januari 1997 dengan pengetua pertamanya, Encik Ismail bin Haji Shafie. Namanya telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, bersempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, al-Marhum Y.T.M. Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Penggunaan nama PUTRA ialah simbolik kepada ciri-ciri kebangsawanan, ketinggian martabat, kehebatan diri dan kelimuan yang ada pada negarawan ulung yang kita kasihi dan keistimewaan inilah yang ingin diterapkan ke jiwa dan minda anak-anak PUTRA.

Oleh itu, semua warga Putra telah bermuafakat supaya SMK Lubuk Kawah perlu ditukarkan namanya kepada nama baru bersesuaian dengan beberapa alasan iaitu,

a. sekolah ini tidak terletak di kawasan mukim/ Kampung Lubuk Kawah,
b. mendapat sokongan daripada barisan pemimpin masyarakat tempatan,
c. para guru yang berkhidmat di sekolah ini sependapat bahawa nama SMKLK kurang sesuai dengan situasi semasa,
d. sekolah ini sering bertukar alamat dengan SK Lubuk Kawah.

OLEH SEBAB ITU, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Kawah dengan rasminya telah ditukarkan kepada nama barunya SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA pada 1 Januari 1999.

No comments: