08/03/2012

Tahniah SMK Putra - Sekolah Terbaik STPM 2011 Negeri Terengganu

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, guru dan warga SMK Putra atas kecemerlangan peperiksaan STPM 2011. Sekolah kita telah diumumkan sebagai sekolah terbaik mengalahkan sekolah-sekolah ternama di negeri Terengganu. Semoga kecemerlangan yang kita kecapi akan menjadi pencetus motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat. Usaha untuk mengekalkan kecemerlangan adalah lebih susah dan memerlukan komitmen dan kerjasama semua warga.
Mata pelajaran Seni Visual menduduki tempat pertama dengan pencapaian 22 orang mendapat A, daripada 44 orang calon manakala subjek Bahasa Melayu menduduki tempat kedua terbaik negeri.


~ Pelajar terbaik STPM 2011 SMK Putra ialah Masitah Muhammadin ~

1 comment:

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program bengkel bahas Bahasa Melayu ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPGKPI, Bangi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.