20/05/2007

Minggu Orientasi 6 Bawah 2007

Tetamu yang hadir.
YB Tn Hj Nawi Mohamad, ADUN HULU BESUT

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar 6 Bawah SMK Putra yang mula melaporkan diri pada Hari Selasa 15 Mei 2007. Seramai 40 orang pelajar hadir bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Majlis perasmian Minggu Orientasi 6 Bawah telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Nawi bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut. Dalam ucapan beliau, YB Tn Hj Nawi telah meminta ibu bapa memberikan kerjasama untuk memantau perkembangan anak-anak mereka, terutama pada zaman teknologi maklumat yang serba mencabar ini. Kemelut sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini tidak boleh dipandang ringan.


Pengetua SMK Putra, Tn Hj Mohamad bin Ghani pula dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dan ibu bapa. Beliau menyatakan bahawa SMK Putra adalah antara sekolah terbaik di daerah ini dalam peperiksaan STPM. Kejayaan pelajar-pelajar lepasan sekolah ini diharapkan akan menjadi perangsang kepada pelajar bahawa mereka boleh berjaya di sekolah ini. Setiap tahun puluhan pelajar tingkatan 6 dari sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam pelbagai bidang pengajian.

No comments: