17/05/2007

Sejarah Sambutan Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober, di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918. Di Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. Di China pula, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah hari jururawat dan hari wartawan).
Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.

No comments: